Pakej Video Kursus Affiliate

Friday, May 23, 2014

Pemasaran Di Facebook Semakin Hambar? 6 Tips Mengatasinya!

Kematian Pemasaran Facebook
Suka atau tidak, facebook kini bukanlah lagi lubuk yang berkesan kepada usahawan-usahawan yang mahu menggunakan teknik pemasaran secara percuma 100%.  Sejak 24 bulan yang lalu, capaian organik di facebook didapati semakin menurun.
Pada tahun 2012, apabila pemilik fanpage mengupdate fanpage mereka, hanya sekitar 20% sahaja follower yang akan dapat melihat update tersebut, tetapi pada tahun 2014, ianya hanya tinggal sekitar 5% sahaja.
Organic-Reach-Chart
Satu kenyataan pahit yang perlu diterima oleh para usahawan yang mahu membuat pemasaran di facebook, jika anda mahukan 95% follower anda melihat setiap update anda di facebook, anda perlu membayar kepada facebook menggunakan kaedah “boost post” pada setiap post anda. Lebih ramai fan anda, maka lebih banyaklah yang perlu anda bayar, dan ia sememangnya lebih menyakitkan.
Namun begitu, masih ada juga pemasar-pemasar di facebook yang cuba sedaya upaya mencari teknik-teknik tertentu untuk membolehkan post mereka di lihat oleh lebih ramai audiens. Jadi disini, kami kongsikan 6 tips untuk mengatasi masalah pemasaran anda di facebook yang semakin sunyi dan hambar sejak kebelakangan ini.

1. Optimunkan Post Agar Di “Share”

Buat post-post yang berkualiti di facebook yang mampu membuatkan fan anda sudi untuk menekan butang “share” pada post yang anda lakukan. Ini kerana, satu-satunya cara untuk membolehkan post anda mencapai audiens yang ramai secara organik, adalah dengan cara post tersebut di share oleh ramai orang. Post yang hanya menerima banyak like atau di comment, tidak lagi akan menjadi begitu  viral seperti sebelum ini.
Post yang kerap di “share” selalunya adalah post yang mampu memberikan inspirasi atau post-post yang sangat memberikan manfaat. Post-post berbentuk lucu juga kadangkala mudah untuk di share.
Setiap fan mempunyai karektar yang berbeza-beza, peminat fanpage kereta mungkin berbeza dengan peminat fanpage ustaz, jadi, untuk mengetahui “post” bagaimanakah yang mudah di share, anda boleh cuba sendiri dengan membuat pelbagai jenis post. Kemudian, pantau feedback serta kadar engagement bagi setiap post yang dihasilkan. Dari situ, anda kemudiannya boleh membuat analisa dan melihat, post jenis apakah yang paling mendapat sambutan. Adakah post yang bergambar? post yang lucu? atau post yang mempunyai link?

2. Tukar Facebook Anda Menjadi Pusat Khidmat Pelanggan

Ya! Jika selama ini anda lebih menfokuskan fanpage anda sebagai tempat pemasaran dan promosi produk anda, apakata anda tukarkan fokus fanpage anda, dari “saluran pemasaran”, kepada “saluran khidmat pelanggan”.
Dapatkan makulmbalas, komen, kritikan, cadangan serta apa-apa sahaja maklumbalas pelanggan anda menerusi facebook. Sekali-sekala, minta pendapat dan cadangan mereka terhadap produk atau perkhidmatan anda. Selain dapat mengenal dengan lebih baik pelanggan-pelanggan anda, ia juga akan memberikan anda idea-idea baru untuk meningkatkan perkhidmatan atau produk anda.

3. Bawa Fan Anda Ke Platform Sosial Lain

Seperti yang diketahui, ramai golongan remaja sudah berpindah ke platform sosial yang lain seperti instagram, twitter dan snapchat. Manakala, golongan wanita pula, lebih ramai meluangkan masa di Pinterest.  Jadi, cuba  tarik fan anda ke platform sosial yang lain, dimana, anda mungkin boleh create akaun instagram @ pinterest, dan minta semua peminat anda, follow anda di instagram @ pinterest pula.
Ini kerana, capaian organik di instagram, adalah lebih tinggi berbanding facebook. Buat masa ini, jika anda update status anda di instagram, hampir 90% follower anda akan dapat melihat post anda.

4. Bina & Kumpul Mailing List

Ini adalah option yang terbaik. Sebelum fanpage anda menjadi semakin sunyi, cepat-cepat dapatkan perkhidmatan autoresponder dan ajak fanpage anda mendaftar ke mailing list anda. Seperti biasa, anda boleh tawarkan ebook percuma atau laporan percuma untuk menarik mereka menyertai mailing list anda.
Ya! teknik ini memerlukan anda mengeluarkan kos untuk melanggan perkhidmatan pemasaran email tersebut. Tetapi, hakikatnya, kadar ROI (return of investment) di dalam menggunakan teknik pemasaran email sebenarnya jauh lebih tinggi dan berkesan berbanding menggunakan facebook.

5. Bina Komuniti Anda Sendiri

Ini juga antara piihan yang menarik. Dari anda mengharapkan platform-platform sosial yang lain seperti instagram, pinterest, twitter dan sebagainya, yang mana, platform tersebut juga berkemungkinan akan menjadi seperti facebook pada satu hari nanti. Adalah lebih baik anda bina komuniti anda sendiri menggunakan platform sendiri. Antara platform yang boleh anda gunakan untuk membina komuniti anda adalah seperti blog dan juga forum.
Apabila anda mempunyai komuniti yang tersendiri, ianya lebih mudah untuk anda berinteraksi dan tidak lagi perlu pening kepala tentang “perubahan-perubahan algorithma” seperti mana yang sentiasa dilakukan oleh facebook dan platform sosial yang lain.

6. Bayar jer lah…

Pilihan terakhir.. Bayar sahajalah kepada facebook.  Ini kerana, facebook juga masih mempunyai kelebihan yang tersendiri dimana, di facebook, anda boleh mensasarkan iklan atau post anda kepada golongan sasaran yang lebih tepat.
Inilah yang dilakukan oleh syarikat-syarikat besar, mereka faham dan mempunyai mindset bahawa facebook adalah satu saluran pemasaran berbayar yang “lebih murah” berbanding channel pemasaran yang lain seperti TV dan majalah.. Jadi, tidak hairanlah jika setiap tahun mereka akan sentiasa menambah bajet pengiklanan mereka di facebook.

Itu sahajalah 6 tips yang dapat kami kongsikan di dalam membantu anda menghadapi waktu-waktu yang mencabar di dalam mejalankan pemasran di facebook pada hari ini. Semoga ianya memberikan idea dan manfaat kepada anda.
Semoga berjaya!


Sumber: WangCyberDotCom
Thursday, May 22, 2014

10 Orang Paling Kaya Di Dunia Dalam Bidang Teknologi

Untuk segmen inspirasi kali ini, mari kita lihat 10 orang yang paling kaya di dunia pada masa kini di dalam bidang teknologi. Nilai kekayaan yang dicatatkan pada setiap individu adalah berdasarkan penilaian terkini yang diperolehi dari website Wikipedia.
Jom, mari kita lihat sama-sama 10 orang yang paling kaya di dunia dalam bidang teknologi.

1. Bill Gates

Nilai Kekayaan : $76 biilion
Syarikat : Microsoft

bill-gates

Pengasas kepada Microsoft ini telah beberapa kali memegang gelaran sebagai orang paling kaya di dunia. Menurut majalah Bloomberg, pada tahun 2013, beliau telah merampas semula kedudukan sebagai orang pertama yang paling kaya di dunia. Beliau telah meletakkan jawatan sebagai CEO Microsoft pada tahun 2000, dan kini hanya memegang jawatan dan bertindak sebagai penasihat teknologi kepada Microsoft.

2. Carlos Slim

Nilai Kekayaan : $70.3 biilion
Syarikat : Telmex, América Móvil , Grupo Carso
carlos slim forbes crop 2
Carlos Slim adalah merupakan usahawan dari Mexico dan berketurunan Lubnan.  Sememangnya beliau tidak begitu popular jika dibandingkan dengan jutawan-jutawan lain. Pada masa ini, Carlos Slim merupakan pengerusi dan ketua eksekutif kepada syarikat telekomunikasi Telmex dan America Movil.
America Movil, adalah merupakan syarikat telekomukasi terbesar di Amerika Latin, dan ia telah menyumbang sekitar AS $49 bilion kepada kekayaan Slim.

3. Larry Ellison

Nilai Kekayaan : $48 biilion
Syarikat : Oracle

Larry Ellison

Larry Ellison adalah merupakan pengasas bersama syarikat Oracle, iaitu sebuah syarikat perisian yang mengkhusus kepada pangkalan data. Dilahirkan  pada 17 Ogos 1944, Ellison kini berumur 70 tahun dan merupakan antara billionaire yang paling tua di dalam bidang teknologi. Jadi, tidak hairanlah mengapa beliau telah menderma $ 445 juta kepada yayasan perubatan untuk menyokong penyelidikan berkaitan penuaan serta penyakit yang berkaitan dengan usia.

4. Larry Page

Nilai Kekayaan : $32.3 biilion
Syarikat : Google

Larry_Page

Lawrence Page dilahirkan pada 26 Mac 1973 dan merupakan pengasas bersama Google. Beliau dan Sergey Brin memegang saham di Google sebanyak 16%. Beliau kini memegang jawatan CEO di Google menggantikan Eric Schmidt yang telah bersara pada tahun 2011 lalu.

5. Sergey Brin

Nilai Kekayaan : $28.9 biilion
Syarikat : Google
Sergey Brin
Dilahirkan di Moscow, Rusia dan kemudiannya berpindah ke Amerika pada usia 6 tahun. Sergey Brin telah bertemu Larry Page ketika menuntut di Stanford Universiti di mana, mereka berdua telah membina enjin carian Google dari bilik asrama mereka. Apabila enjin carian Google mula menjadi popular, beliau telah mengambil keputusan untuk menangguhkan pengajian PHD beliau  dan mula menyewa sebuah garaj kecil sebagai pejabat Google.

6. Jeff Bezos

Nilai Kekayaan : $28.9 biilion
Syarikat : Amazon
Jeff-Bezos--fundador-y-director-ejecutivo-de-Amazon-com-
Pada tahun 1994, Jeff  Bezos telah meninggalkan pekerjaan beliau sebagai naib Presiden DE Shaw & Co, sebuah firma Wall Street dan  mula mengasaskan Amazon dari bilik garaj rumah beliau. Bermula dengan hanya menjual buku, Amazon kini merupakan kedai  terbesar di dunia yang menjual pelbagai produk, dari baju hinggalah kepada aksesori kereta.

7. Mark Zuckerberg

Nilai Kekayaan : $25.3 biilion
Syarikat : Facebook
zuckerberg
Pengasas kepada Facebook ini hanya menerima gaji sebanyak $1 dollar sahaja pada tahun lalu dari syarikatnya. Namun begitu, kekayaan peribadinya dianggarkan bernilai $25.3 billion pada April 2014.  Bermula dari bilik asrama Universiti Harvard, beliau bersama beberapa rakan beliau telah menghasilkan Facebook untuk kegunaan pelajar-pelajar universiti tersebut sebagai buku alamat bergambar pada tahun 2004. Namun kini, Facebook telah berkembang sebagai syarikat gergasi teknologi dan digunakan oleh lebih 1.3 billion pengguna dari seluruh dunia.

8. Steve Ballmer

Nilai Kekayaan : $20.7  biilion
Syarikat : Microsoft
steve_ballmer
Steven Anthony “Steve” Ballmer adalah ahli perniagaan Amerika yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft dari Januari 2000 hingga Februari 2014.  Pada 4 Februari 2014, Ballmer telah bersara sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan digantikan oleh Satya Nadella, namun begitu beliau masih lagi merupakan salah seorang ahli lembaga pengarah Microsoft dan merupakan pemegang saham Microsoft yang terbesar pada waktu ini.

9. Michael Dell

Nilai Bersih : $15.9 billion
Syarikat : DELL
dell
Bermula dengan memasang dan menjual komputer di bilik asrama pada 29 tahun yang lalu, Michael Dell masih lagi memegang jawatan sebagai CEO kepada syarikat DELL. Pada awal tahun lalu (2013), syarikat DELL telah mengambil keputusan untuk keluar dari disenaraikan di pasaran saham dan kini lebih selesa menjadi syarikat sendirian berhad. Ianya adalah bertujuan untuk memudahkan syarikat tersebut bertukar arah dari sebuah syarikat peralatan komputer kepada syarikat perniagaan yang berasaskan kepada perisian komputer.

10. Paul G. Allen

Nilai Kekayaan : $15 billion
Syarikat : Microsoft
Paul-Allen
Pengasas bersama Microsoft ini hanya memiliki sekitar $2 billion saham  Microsoft. Namun begitu, beliau adalah pemilik syarikat kumpulan Vulcan, iaitu sebuah syarikat pelaburan yang melabur dalam pelbagai bidang seperti hartanah, media, perubatan dan juga teknologi. Pada akhir tahun 2012 beliau telah menjual 12-bangunan kampus di Seattle kepada Amazon, dengan harga $1.15 billion. Beliau juga merupakan pemilik kepada pasukan rugbi Seattle Seahawks dan pasukan bola keranjang Portland Trailblazers. Baru-baru ini, beliau telah melancarkan album country rock beliau yang terbaru berjudul “Everywhere At Once” bersama kumpulan muzik beliau “The Underthinkers”.